ENJIN CARIAN

Memuatkan ...

Khamis, 20 Oktober 2011

JKR DAERAH MENERIMA LAWATAN DAN PEMERIKSAAN DARI UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN KERJA RAYA

JKR Daerah telah menerima kunjungan dan lawatan termasuk membuat penilaian audit di salah satu projek di Daerah ini. Unit Audit Dalam dari Pejabat Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya membuat lawatan selama tiga hari bermula 18hb hingga 20hb Oktober 2011. Tujuan utama pengauditan ini, adalah untuk membuat penyemakan dan pemeriksaan terhadap projek bagi memastikan projek yang dibawah seliaan JKR mengikut prosuder sebagaimana kehendak MS ISO 9001:2008. Sepasukan audit yang tiba pada 18hb telah disambut oleh Tuan Jurutera Daerah, Sarihan Bin Johor. Pasukan audit telah diketuai oleh Timbalan Ketua Audit, Puan Nurul Ain Liew Binti Abdullah.

Jumaat, 7 Oktober 2011

CAWANGAN ELEKTRIK JKR JOHOR TELAH BERPINDAH


Johor Bahru, 3 Oktober 2011 - Cawangan Elektrik JKR Johor telah berpindah sepenuhnya di pejabat baru di Taman Nusantara, Gelang Patah. Perpindahan tersebut melibatkan semua bahagian dan unit yang kini beroperasi mulai 1 Oktober 2011 yang lalu. Sebarang urusan yang melibatkan kerja-kerja Cawangan Elektrik boleh terus berhubung di alamat yang baharu:- 

Isnin, 28 Mac 2011

JAWATAN KOSONG JKR JOHOR


Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Jabatan Kerja Raya Johor bagi jawatan-jawatan seperti berikut :-
 
JAWATAN : 

1) TUKANG K2

(Tukang Elektrik, Tukang Kenderaan Berat Bermotor, Tukang Kimpalan Arka & Gas, Tukang Perabot,Tukang, Hawa Dingin, Tukang Mesin Am & Operasi Larik)
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Gred : R11 / R22
Klasifikasi : Perkhidmatan Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir
Taraf Jawatan : Tetap

Jadual Gaji :
P1T1 RM892.54 – P1T15 RM1647.28
P2T1 RM948.08 – P2T15 RM1725.64
P3T1 RM1005.25 – P3T15 RM1805.63
Lain-lain Imbuhan :
Imbuhan Tetap Khidmat Awam - RM95.00
Imbuhan Tetap Perumahan - RM180.00

Selasa, 15 Februari 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H


SALAM MAULIDUR RASUL 1432H


Ikhlas dari: Warga Kerja JKR Kota Tinggi

Rabu, 2 Februari 2011

HUJAN DI BANDAR KOTA TINGGI


Bila sebut sahaja hujan di Kota Tinggi, dan bila hujan lebih dari 3 hari berturut-turut. Pastinya seluruh penduduk di daerah ini akan terus gelisah dan siap sedia untuk mengemaskan keperluaan diri untuk diselamatkan. Kerana takut dilanda bencana ngeri seperti tahun 1969 dan tahun 2006. 

Bandar Kota Tinggi adalah sebuah bandar dan merupakan daerah terbesar di negeri Johor. Kota Tinggi ini juga merupakan kawasan dan tempat yang mana penghujung pemerintahan Sultan Melaka. Sultan Mahmood Syah. Dan bermula dibandar inilah, pemerintah Bendahara dan Temenggung mula mengambil alih tampuk negeri. Jadi tidak hairanlah jika bandar ini adalah bandar yang bertadahan rendah. :-)


CATATAN POPULAR